Percubaan Pertama :D *title takde kena mengena dgn story.

Hari ini.... merupakan permulaan cuti sekolah. teringat aku pada dua hari lepas ada dua orang budak lelaki ingin meminta kerja sambilan di tempat kerja ku. Jarum jam menunjukkan pukul 2.55 petang. Ahh! Mereka pasti gagal pada temuduga haritu.

2 minit kemudian aku ternampak bayang mereka memasuki pintu tempat kerja ku. Ohh ternyata tuduhanku tadi jauh meleset. Mereka berjaya pada temuduga haritu dan akan bertugas di sini selama sebulan. Dan bermulah detik perkenalan kami.....

Ariff, berumur 18 tahun, handsome dan bergaya orangnya. Muda dua tahun daripadaku. Dan sahabatnya, Danish juga sebaya dengan dia. Bermula lah kehidupan kami sebagai rakan sekerja. Setelah beberapa hari bekerja dengan mereka aku merasakan sesuatu yang lain bila berhadapan dengan Ariff. Cara dia merenungiku, berbual denganku, aku dapat rasakan suatu perasaan lain mula menjalar dalam diri.

Selepas 5 hari mereka bekerja, aku pun tanpa segan silu mengajak mereka rehat bersamaku. Tetapi saat itu hanya Ariff yang mempunyai masa terluang. Seperti biasa, dia membuat hati aku tak keruan. Teringat haritu yang dia memberi aku coklat. Aku tidak memikirkan sangat hal itu kerana mungkin dia meyenangi ku sebagai kakaknya sahaja.

Hari seterusnya, aku pulang lebih awal dari Ariff tetapi dia memintaku untuk menunggunya sehingga dia pulang. Aku pun kebetulan tiada apa-apa aktiviti, maka aku tunggu lah sehingga dia habis kerja. Malam itu, dia meminta nombor handphone ku, dan aku pula tidak mengesyaki apa-apa. Ku hulurkan kertas putih yang tertera nombor handphone ku di situ.

Sesampai sahaja di rumah, terdengar ringtone "Angry Bird" berbunyi menandakan ada message masuk. Nombor tidak di kenali.

"Efy :)" eh? bagaimana dia tahu namaku? Hatiku berkata.

"Siapa ni?" Aku membalasnya.

"Ariff laa, sampai hati tak kenal I :("

"Ohh. Haha. Mana lah I ada num you. Baru tahu ni haa"

Dan dari situ lah kami selalu bermesej dan bertelefon jika ada kelapangan. Aku dapat merasakan timbulnya bibit-bibit cinta dalam hatiku. Tingkah lakunya menyenangkan. Cara mesej nya juga sungguh membuat hatiku tertawan.. Dia sudah pun melamarku menjadi princess di hatinya dan aku menerimanya seikhlas hati.

Diam tak diam sebulan sudah berlalu. Maka tamat lah kontrak dia bersama syarikatku. Hmm yang paling sedih harus lah aku. Takde siapa nak teman aku rehat lagi. Hahaha.

Tiba-tiba aku mendapat tahu yang sebenarnya Ariff sudah dimiliki. Hancurnya hati aku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sepanjang perkenalan aku dengan dia tiada pula tanda-tanda hatinya dah dimiliki.. Aku meminta dia melepaskanku tetapi katanya dia sayangkan ku.

"Sayang, I love you so much. You tahu kan kenapa I taknak dia? And that's why I find you. You're my wife. Forever and always."

Kerana sayang kan dia, aku turutkan jua. Aku bertahan menjadi kekasih rahsianya, walaupun dalam diam hatiku disayat pilu. Pilu yang teramat sangat kerana terpaksa berkongsi dan merahsiakan perhubunganku.

Di saat hati ku terluka, datang dua orang jejaka yang menghiburkan hatiku. Fazli, aku mengenalinya menerusi di alam maya. Chat dan mesej dengannya sentiasa membuat aku tersenyum. Dan Zulhelmi, pekerja yang baru dipindahkan dari Kedah ke Johor Bahru. Kelihatan lebih matang dari usianya walaupun baru berumur 23 tahun. Aku mula rapat dengan Zulhelmi, tapi hanya lah sebagai adik dan abang. Tidak lebih daripada itu.

Setelah dua minggu perkenalan aku dengan Fazli, dia mula menunjukkan kelainan. Akhirnya dia berterus terang yang dia sukakan ku. Dia ingin aku menjadi kekasih hatinya. Tetapi kerana kasihku yang mendalam terhadap Ariff aku menolak dengan cara baik. Alhamdulillah, dia boleh terima keputusanku. Abang Helmi pula sejak kebelakangan ini, asyik mengongkong hidup ku. Aku pun tidak tahu apa puncanya, tetapi apa yang aku lakukan ada sahaja yang hendak ditegur. Pada mulanya aku sangkakan itu hanyalah teguran seorang abang kepada adiknya. Tetapi takkan lah abang angkat sahaja mempunyai hak untuk skodeng mesej-mesej ku?

Pecah lah rahsia yang aku sebenarnya kekasih rahsia Ariff. Dia memarahiku kerana membiarkan Ariff memperlekehkan aku sesuka hatinya. 'Abang Helmi tak faham. Efy sayang dia, sayang sangat.' desis hatiku. Abang Helmi menyuruhku tinggalkan Ariff, tapi aku tak mampu. Aku tak kuat. Dia kata dia sanggup menjaga aku melebihi Ariff, kerana dia sayangkan ku. Dia taknak melihat aku terluka. Aku meminta dia memberikan aku masa. Aku memberitahu Ariff tentang hal ini dan dia ternyata tidak terus melenting. Dia cuma berkata....

"So you have to made a choice who will make you happy all day, make you feel like you are the only beautiful girl that he see, make you smile for no reason all day, be there for you when you need it the most, wipe your tears off and most of all, be together with you in easy and hard of life. Think about it wisely, sayang :)"

Setelah aku fikir sedalam yang mungkin, ternyata hati aku berat memilih Ariff. Dengan nama Allah, aku memang sayangkan dia. Dan tidak ada sesiapa yang boleh menggantikan posisi dirinya dalam hati aku. Cuma... hatiku masih tertanya-tanya bila dia akan memutuskan kekasihnya itu? Aku membiarkan persoalan itu tidak terjawab sehinggalah aku tertidur dengan soalan yang masih tiada jawapannya.

Tepat dua bulan perhubungan aku dengan dia, satu nombor tidak dikenali menghantar mesej kepadaku. Aku terus membacanya dan serentak itu juga air mata aku mula jatuh setitis demi setitis yang akhirnya memecahkan empangannya.

"Salam. Saya just nak bagitahu yang saya dah tahu everything pasal awak dengan Ariff. Kita pergi rumah dia tadi then saya minta handphone dia. Dan saya baca all text awak dengan dia. Awak, kita sama-sama perempuan kan. And I think you know how it's feel kan bila boyfriend kita kena rampas. awak, please let him go. I love him. Please awak. Thanks."

Aku tidak membalas mesej tersebut. Seumur hidupku, tak pernah aku sangka aku akan terjebak dengan cinta sebegini. Dalam keadaan terpaksa aku gagahkan diri untuk mendail nombor Ariff.

"Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam. You? Kenapa nangis ni?"

"Your gf, dia dah tahu pasal kita. I'm just.. Surprised." Terhenti aku ingin menyanbung bicara yang seterusnya. "I'll back off k."

"Are you going to leave me? Tu ke yang you cuba sampaikan?"

"I terpaksa bie. I sayang you, tapi dia pun sayangkan you. Dalam hal ni, dia datang dulu dalam hidup you. Takkan I yang you baru kenal ni nak rosakkan semuanya macam tu je. Like she said, kita sama-sama perempuan. I know how she feels."

"Hmm kalau tu keputusan you. I takboleh nak kata apa."

Sejurus dia menghabiskan ayatnya, aku terus mematikan talian. Aku sangka kan dia akan pertahankan hubungan kami, tapi aku salah. Sikit pun tidak. Dia langsung tidak menghargai pengorbanan yang aku lakukan terhadap dirinya. Teringat aku akan kata-katanya yang akan pertahankan hubungan kami tak kira apa yang berlaku.

"I'm not gonna leave you even you want to leave me. I love you. Ingat janji kita time kita bisik kat telinga awak dulu? I will do anything to save our relation dear :)"

Ternyata yang aku percaya tu hanyalah janji-janji palsu dari seorang insan bernama LELAKI. Dan aku SERIK! Ye serik untuk mempercayai mana-mana lelaki. Dan sehingga ke hari ini aku masih menyenderi dan sejujurnya aku masih mengharapkan Ariff kembali dalam hidupku.

SEKIAN :D